Jumat, 04 April 2008

Bridge

Bridge merupakan peranti yang menghubungkan antara satu rangkaian ke rangkaian yang lain dengan syarat kedua-dua rangkaian tersebut menggunakan protocol yang sama(cth Ethernet atau token ring). Pengguna boleh mengarahkan bridge untuk menghantar mesej ke destinasi yang. Bridge akan menguji setiap mesej terdahulu, kemudiannya bridge akan menghantarkannya diantara rangkaian LAN yang sama seterusnya kepada destinasi yang mungkin berada pada rangkaian LAN lain yang telah dihubungkan. Rangkaian yang dihubungkan melalui bridge, alamat komputer atau nod tidak mempunyai hubungan yang spesifik kepada lokasi. Bagi tujuan ini, mesej akan di hantar kepada setiap alamat dalam rangkaian tetapi hanya akan diterima oleh destinasi yang telah ditetapkan sahaja. Bridge dikatakan mempelajari alamat yang manakah pada rangkaian yang mana dan membina sesuatu yang dipanggil ?learning table? agar mesej yang bakal dihantar akan dihantar pada rangkain yang betul. Ia berfungsi pada paras data link iaitu pada lapisan fizikal. Selain itu, bridge merupakan kombinasi perkakasan dan perisian yang mampu mengesan kesalahan yang berlaku di dalam paket dan di dalam pemformatan alamat. Sebagai contoh, rangkaian pada syarikat yang sama tetapi dipisahkan secara konsep LAN rangkaian yang menggunakan banyak komputer antara bridge. Melalui bridge, stesen kerja hanya boleh mencapai maklumat dalam lingkungan rangkaian yang terbabit sahaja. Sebuah bridge juga berfungsi membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil. Ini dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada rangkaian itu. Jika sistem perkabelan cara lama hendak disambungkan dengan sistem rangkaian terkini, sebuah bridge merupakan jalan penyelesaian. Bridge boleh mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya ia dapat menghantar informasi yang diterima ke lokasi yang dipinta.
Kebanyaklan bridge berupaya mengawal rangkaian dan secara automatik mengumpul alamat semua komputer yang terdapat pada kedua-dua belah rangkaian. Bridge turut berupaya untuk memeriksa setiap pesanan dan jika perlu menyiarkannya pada rangkaian yang di sebelah. Bridge menguruskan lalu lintas bagi mengekalkan persembahan optima dari kedua-dua bahagaian rangkaian itu. Walau bagaimana pun, maklumat yang tidak berkaitan tidak akan disiarkan. Bridge turut boleh digunakan untuk menghubungkan kabel yang pelbagai jenis atau topologi fizikal. Namun begitu, protokol yang sama hendaklah digunakan. Terdapat bridge yang digabungan dengan router yang dikenali sebagai brouter.
Kebaikan Bridge:
- Bridge membolehkan suatu rangkaian yang mengalami kekangan geografi dihubungkan antara satu sama lain.
- menapis data antara rangkaian agar ia tidak sampai kepada destinasi/rangkaian yang tidak sepatutnya.
Keburukan Bridge: - Bridge akan melambatkan rangkaian kerana mesej akan dihantar kepada semua alamat dalam rangkaian walaupun alamat destinasi telah ditetapkan.

Tidak ada komentar: